BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 24, 2011

kesedihan itu apa??


kesedihan ini adalah satu perasaan di mana sakitnya di dalam hati. gundahnya memikirkan setiap kesedihan yang berlaku. kesedihan berlaku apabila kita rasa mahu menangis sepuas-puasnya. menangis semahu-mahunya. kesedihan terukir bila kita punyai maslah yang mungkin sukar untuk diselesaikan. kesedihan berlaku bila kita kehilangan orang yang kita sayang. kehilangan barang yang berharga buat kita walaupun nilai harganya tidak semana.. .kesedihan yang paling menyakitkan ialah apabila dituduh melakukan sesuatu yang tidak kita lakukan.... itulah kesedihan..

kemarahan itu pulak apa??
kemarahan adalah suatu perasan geram, benci, meluat, sakit hati dan HOT!!... sakit hati kerna dikhianati, sakit hati kerna ada yang iri hati.. perasaan marah terjadi apabila kita tidak dapat mengawal nafsu marah yang meluap-meluap... kebencian yang tinggi yang amat... kemarahan mencetus pelbagai rasa. ada orang marah, mereka akan menjerit sekuat-kuatnya.. menyumpah seranah, mencaci maki... semua akan terkeluar apabila marah tercetus!! bagaikan perasaan marah itu tidak mampu di kawal lagi...

kenapa perlu marah


marah kerana diri dipermainkan oleh lelaki yang dulu katanya setia. tetapi meninggalkan kita akhirnya.

marah kerana hati ini sakit kerana di tuduh yang bukan-bukan padahal tidak melakukan.

marah kerana tidak mempunyai ruang untuk diri sendiri membela diri sehingga tercetusnya komplikasi..

marah kerana barang yang kita sayang hilang, atau orang ambik...

marah kerana sakit hati kerana diperlakukan seperti manusia yang tidak punya hati atau akal.

marah satu rasa yang menyebabkan rasa sakit di dalam yang amat sangat..

banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengawal marah.. satunya dengan mengambil wuduk. mengambil wuduk dapat menenangkan diri, dapat menghilangkan segala resah dan yang paling utama ialah mendirikan solat, solat dengan penoh kusyuk yang boleh. sentiasa berselawat. berzikir juga mampu menghilangkan rasa marah di dalam hati......

kegembiraan itu ialah???

kegembiraan, gembira, riang, happy, cheer! dan pelbagai lagi kata yang tidak mampu terungkap apabila kita berasa bahagia. bahagia yang teramat sangat. bahagia sehingga tidak mampu terungkap rasa bahagia itu.

bahagia hingga tercetusnya senyuman hingga menampakkan gigi bongsu. bahagia apabila hati berbunga. bahagia apabila mendapat apa yang diinginkan!! bahagia apabila berasa di samping orang yg kita sayang!!

bahagia apabila dapat membahagiakan orang laen.

bahagia apabila mendapat keputusan yang cemerlang.

bahagia apabila membuat orang laen ketawa


bagaimana mencetus rasa bahagia??? 

0 comments: